Friday, November 26, 2010

Jubin (Tiles) Mengharmonikan Matematik dan Seni

Kita berada di alam yang serba simetri yang menghasilkan keharmonian dan keseimbangan. 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah. “
(Surat al-Mulk : 3).
Harun Yahya mengatakan…..
.. Jika sebuah bentuk yang sesuai atau sangat seimbang didapatkan melalui unsur penerapan atau fungsi, maka kita dapat mencari fungsi Nisbah Emas (Golden Ratio) padanya.  Angka Emas bukanlah hasil dari imaginasi matematiks, akan tetapi merupakan kaedah alam yang terkait dengan hukum keseimbangan.. Rujuk (http://www.harunyahya.com/indo/artikel/068.htm#notes) untuk maklumat lanjut.

Nisbah emas adalah nisbah pengukuran yang menyenangkan mata memandang dan terdapat banyak dalam kehidupan kita. Ianya adalah ukuran lebar sesuatu objek sebanyak 2/3 (1.618) daripada ketinggiannya. Contohnya, nisbah emas pada tubuh manusia antara pusat dan telapak kaki dianggap berjarak 1 unit, maka tinggi seorang manusia setara dengan 1.618 unit.  Beberapa nisbah emas lain pada tubuh manusia adalah:
a)      Jarak antara hujung jari dan siku / jarak antara pergelangan tangan dan siku
b)      Jarak antara garis bahu dan unjung atas kepala / panjang kepala
c)      Jarak antara pusat dan hujung atas kepala / jarak antara garis bahu dan hujung atas kepala
d)     Jarak antara pusat dan lutut / jarak antara lutut dan telapak kaki.

Rajah 1: Lukisan Leonardo da Vinci menunjukkan pembahagian dalam tubuh manusia berasaskan Nisbah Emas
Pembahagian menurut nisbah emas yang dicipta Allah SWT terdapat dalam kosmologi, muzikolgi dan kaligrafi sejak abad ke-10 lagi.  Mereka dilihat sebagai kunci untuk mencari harmoni dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Simetri didefinisikan sebagai  pembahagian yang harmoni [1]. Ahli matematik seperti Klein [3] berpandangan simetri adalah keseimbangan yang dihasilkan oleh pergerakan oleh sesuatu bentuk yang sama atau pergerakan oleh sesuatu kumpulan yang sama. Konsep kumpulan menjelaskan peraturan yang mentadbir aspek pengulangan (repetitive) simetri.  Contohnya jika kita dibenarkan untuk membuat satu langkah, seterusnya kita boleh membuat langkah yang sama berulang kali.  Setiap ulangan akan membawa kita kepada kedudukan asal (titik permulaan) sebagaimana bayangan dalam cermin, dengan dua pantulan akan membawa kita kepada tempat permulaan seperti jubin (corak yang sama) di atas lantai yang luas.

Simetri pada sesuatu corak adalah pergerakan kaku (rigid motion) tanpa berlaku perubahan pada corak.  Corak jubin yang terdapat di al-Hambra boleh memudahkan kefahaman tentang matematik simetri.
Rajah 1 menunjukkan empat jenis simetri yang terdapat di al-Hambra iaitu:
i)                    Penterjemahan (Translation) – Corak bergerak dengan jarak yang tetap dalam arah linar
ii)      Putaran Sudut dan Pusat (Rotation Center and Angle) -  Corak diputar pada suatu sudut dan pusat yang diberikan
iii)                Pantulan (Reflection)– Corak bergerak sebagai bayangan cermin sepanjang suatu garisan
iv)    Pantulan secara meluncur (Glide reflection) – Corak diterjemahkan pada satu arah dan dipantul mengikut garisan yang selari dengan arah terjemahan.

Rajah 2:  Empat jenis simetri (i) Penterjemahan (ii) Putaran Sudut dan Pusat , (iii) Paksi Pantulan Simetri  (iv) Paksi Pantulan Meluncur dengan Vektor Penterjemahan [1]

Rajah 3: Bintang dengan 8 bucu [2]

Foto 1: Bentuk bintang  8 bucu yang terdapat di al-Hambra
(Diambil semasa lawatan ke Granada, Spain 18-19 Jun 2010)

Foto 2: Simetri yang terdapat di al-Hambra
(Diambil semasa lawatan ke Granada, Sepanyol, 18-19 Jun 2010)

Foto 3: Simetri yang terdapat di al-Hambra
(Diambil semasa lawatan ke Granada, Sepanyol, 18-19 Jun 2010)

Artis muslim terdahulu menyatakan perasaan (ekspresi) mereka terhadap simbol geometri melalui visual arts.  Artis muslim tidak boleh menggunakan gambaran manusia atau binatang untuk dijadikan lukisan mereka, jadi mereka menggunakan sepenuhnya symbol geometri untuk menyatakan perasaan dalam lukisan mereka. Ianya juga digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan prinsip Islam dan keagungan penciptanya.  Antara bentuk geometri yang kerap digunakan ialah bintang berbucu 8 seperti dalam Rajah 2. Angka 8 menunjukkan dualiti kepada 4 elemen atau musim [2]. 

Alangkah baiknya sekiranya matematik dilihat daripada aspek kesenian dan keindahan.  Jika seseorang dapat membayangkan matematik dengan kaitannya dengan lukisan dan seni, kedua-dua otak kiri dan kanan telah digabungkan.  Jika mengira tertumpu kepada angka-angka yang banyak mengguna otak kiri, eloklah juga diseimbangkan dengan otak kanan untuk melakarkan perasaan apabila mempelajari matematik.  Jadi kaedah pembelajaran dan pengajaran dalam subjek matematik akan mengambil kira aspek-aspek kesenian dalam matematik yang mungkin boleh menarik minat kepada pelajar-pelajar yang mungkin bosan/penat dengan angka. Dan seterusnya tercetus daripada perasaan mereka: “I luv mathematics” (Dari aspek pendidikan, perasaan begini termasuk dalam domain afektif)

Sebagai kenangan daripada al-Hambra, Granada, Sepanyol, kami telah membeli jubin untuk digunakan sebagai penunjuk nombor rumah seperti dalam Foto 4.

Foto 4: Jubin nombor sebanyak 4 keping yang perlu dipasangkan dengan teliti

Rujukan:
1.      Raymond F. Tennant, Islamic Tilings of The Alhambra Palace: Teaching the Beauty of Mathematics, Zayed University, Abu Dhabi, United Arab Emirates
2.      Utku Ilktürk, Master Thesis, An Attempt to Combine Mathematics and Visual Arts A Research on Islamic Geometric Patterns, Capaian di http://gupea.ub.gu.se/bitstream/2077/20529/1/gupea_2077_20529_1.pdf, (11 November 2010)
3.      David Mumford, Caroline Series and David Wright, The Language of Symmetry (Chapter 1) in Indra’s Pearls: The Vision of Felix Klein, Cambridge University Press, April 2002.






Monday, November 8, 2010

Detik jam simbol kepelbagaian, menggunakan sistem automasi dan menekankan kejituan……..

Masa akan terus berjalan samada bersama atau tanpa kehadiran kita.  Masa yang berlalu sudah menjadi sejarah dan kita hanya merancang untuk masa yang akan datang.  Penentuan detik jam menjadi perkara utama dalam Islam apabila waktu solat, laungan azan, puasa pada bulan Ramadhan dan merayakan Eidul Fitri mesti dilaksanakan dengan penuh kejituan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
(Surah al-‘Ashr:1-3)

Di atas peringatan inilah, al-Jazari seorang  jurutera yang soleh dan berasal dari timur-selatan Turki telah mencipta jam yang menggunakan teknologi automatik dan berkonsepkan kepelbagaian.  Al-Jazari telah mengguna prinsip air Archimedes yang berasal dari Greek digabungkan dengan peralatan masa air dari India, gajah dari India, burung phoenix dari Arab, permaidani Parsi dan naga dari China serta patung-patung orang Arab.
Rajah 1 Jam Gajah

(Sumber: 1001 Inventions- Muslim Heritage in Our World, ms 16)
Masa ditentukan oleh mangkuk air (prinsip Archimedes / ghati India) yang berada dalam perut gajah tersebut. Mangkuk yang berlubang terapung dalam tangki air yang terdapat dalam perut gajah tersebut. Air akan memenuhi mangkuk ini, kemudiannya mangkuk ini akan tenggelam secara perlahan serta mangkuk ini akan senget sebelah dan menarik tiga tali yang disambung kepada mangkuk ini.  Tempoh yang diambil untuk mangkuk ini tenggelam bergantung kepada saiz lubang tersebut.  Apabila tali ditarik, bola yang terdapat dalam istana (rujuk Rajah 1), akan keluar dan masuk ke dalam mulut naga.  Dan naga ini akan membengkokkan badannya untuk memasukkan bola ke dalam tembikar. Ia akan menyebabkan mangkuk dalam tangki air akan terapung semula dan proses ini akan berulang untuk setiap setengah jam.  Burung phoenix akan mengeluarkan bunyi dan berputar setiap kali mangkuk tenggelam.  Muka jam di atas kepala Saladin akan memberitahu waktunya.   Jam ini akan di set semula dua kali sehari iaitu ketika matahari naik dan terbenam.  Sila ke http://www.youtube.com/watch?v=doYPp-gaJ0o untuk memahami dengan lebih mudah cara kerja jam ini.

Jam gajah yang berada di Ibn Battuta Mall, Dubai telah dibina semula seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut:
Rajah 2 Jam gajah yang dibina semula
(Sumber: 1001 Inventions- Muslim Heritage in Our World, ms 17)
Al-Jazari seorang jurutera yang telah hidup lebih kurang lapan ratus tahun dahulu telah mencipta produk yang menggabungkan agama, sains, budaya dan seni.  Sistem automatik  terdapat dalam jam ini dan kejituan kerja al-Jazari adalah saiz lubang pada mangkuk yang diukur dan mengambil masa selama setengah jam untuk dipenuhi air, tenggelam dan proses ini berulang kembali.


Wednesday, October 27, 2010

Perkongsian tentang muzik oleh saudara Zulkarnain Jamaluddin

Ini adalah respon tentang topik Irama mengubati jiwa............... 


2010/10/26 Zulkarnain Jamaluddin <zulkarnain884@gmail.com>

 Satu lagi dari aspek time frame nya, muzik telah pun diterokai awal oleh muslim... Lebih kurang 1000 tahun, sebelum barat mula mengenali muzik, bermula pada Renaissance dan abad ke 17.

Muzik secara teorinya berasaskan skala. Skala-skala ini, yang rata-rata diajar disekolah muzik adalah skala barat (Western Scale),  dimana tertakluk kepada 12 note. 

Disebalik skala barat ini, ada lagi skala-skala lain yang agak terpencil. Skala yang 'terpencil' ini, maksudnya tidak di ajar secara meluas dan tidak berada dalam silibus ABRSM. Skala tersebut adalah Skala Arab, dan yang lain-lainnya skala China, Jawa dan Bali.

Dalam banyak-banyak skala 'terpencil' ini, skala Arab yang paling sistematik, mempunyai teori dan caranya yang tersendiri. Manakala Skala Cina, masih boleh di adaptasi ke atas alat muzik moden (seperti piano & gitar), dan skala Bali, tidak mempunyai pecahan-pecahan skala improv (improvisasion scale).

Manakala bagi skala arab, secara umumnya, terpecah kepada 7 (lebih kurang sama dengan taranum), iaitu Bayati, Nahwand, Hijaz, Sikah, Ajam dll... Dan 7 skala ini masih mempunyai anak-anaknya.


Aplikasi dan Cara Pembelajaran

Cara pembelajaran skala arab ini tidak boleh dipelajari melalui pembacaan (music reading), tetapi melalui telinga dan latihan; ada persamaan dengan taranum. Dan lagu-lagu yang mengikut skala arab ini pula, tidak dapat dimainkan oleh alat-alat muzik moden/konvensional seperti piano, keyboard dan gitar. Skala-skala dan lagu ini hanya dapat dimainkan oleh alat muzik yang tidak mempunyai fret, sperti oud  (gambus), dan violin, atau yang telah ditonakan seperti Qanun, dan Ney (seruling 'custom').

Notasi yang terdapat dalam skala arab ini sangat diskrit sehingga, jika dilihat pada piano moden, jika perlu untuk memainkan skala arab, sekurang-kurangnya perlu dipecahkan lagi satu not kepada 2 lagi not lain. Misalnya Not C dan C sharp bagi notasi Western. Bagi Skala Arab ada C1, C2, C sharp 1 dan C sharp 2.

Istilah lain dalam software, dipanggil 'micro-tuning'.


Aplikasi Skala arab dalam muzik moden

Contoh mudah Sami Yusuf, dan juga Maher Zain. Beberapa lagunya menerapkan unsur dan skala arab, misalnya dalam lagu duetnya dengan Mesut Kurtis (xingat tajuk) dan Barakallahulakuma...

Manakala dalam industri Malaysia, hanya M.Nasir yang banyak menerapkan irama-irama 'micro-tuning'. Dalam beberapa lagu di dalam album Phoenix Bangkit, dalam lagu Sahabat Gua dan Bila Rumi Menari. Ia tidaklah sepenuhnya mengikut skala arab, cuma beberapa notasi sahaja yang 'lari' dari tona konvensional. Begitu juga Yassin dalam album Salsabila... Selepas itu tiada lagi kedengaran skala-skala seperti ini dalam karya-karya mereka.

Nasyid? Banyak buat lagu arab... tetapi bukan skala arab. 

Skala yang sedikit berbeza ini akan mencetuskan kelainan dari kebanyakan dan kebiasaan... Resepi lain yang boleh mencetuskan kelainan dalam muzik adalah penggunaan chord & progression Jazz untuk irama yang ringkas dan cathcy... Lagu-lagu P.Ramlee (spt Getaran Jiwa, Jeritan Batin dll) dan Indonesia, banyak menggunakan pendekatan ini. 


Sekadar berkongsi... Sebab, Oud, Lute dll.. mengalami beberapa transformasi semasa 'fasa perpindahan' ke barat. Dari skala yang mempunyai notasi yang infiniti, dikecilkan skopnya kepada 12 note bagi setiap oktaf. Dan skala western ini juga mempunyai beberapa pecahan utama seperti major, minor, diminished, seventh, major seventh, dll... Makna kata, orang barat tidak cedok bulat-bulat... tetapi banyak inovasi dan pembangunan dilakukan ke atas bidang ini, sehinggalah ramai pehak termasuk tokoh agama, merasakan muzik adalah dari barat dan terlibat dengannya adalah haram. Saddu Zaraik katanya.. Hakikatnya, ia adalah hikmah mukmin yang keciciran...


Allahuaklam :)

Persatuan Saintis Muslim Malaysia - PERINTIS


Keterangan Logo
(a)       Bulan sabit – melambangkan agama Islam yang menjadi asas kepada penubuhan PERINTIS;
(b)       Cakerawala – melambangkan keluasan ilmu
(c)        Perkataan “PERINTIS” – nama rasmi pertubuhan.
Warna
(a)        Hijau – melambangkan agama Islam yang suci
(b)        Kuning, biru merah–spektrum warna primer, melambangkan ciri2 keMalaysiaan
(c)         orbit melambangkan kesejagatan, ikatan atom yang kuat, kelestrarian sains dan teknologi utk manusia dan alam sejagat


Visi  : Untuk menjadi wadah pilihan bagi saintis membawa rahmat ke seluruh alam
Misi : Menerajui usaha membangun, membudaya dan memanfaat sains demi kesejahteraan alam dan manusia
Motto : Sains untuk kesejahteraan alam

KEAHLIAN PERINTIS
1.         Ahli biasa: Keahlian ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berumur 18 tahun keatas, serta memiliki sekurang-kurangnya kelayakan ijazah sarjana muda dalam bidang sains dan teknologi.
2.         Ahli kehormat: Ialah individu yang dilantik berdasarkan sumbangan besar yang telah diberikan terhadap kemajuan sains dan teknologi.
3.         Ahli bersekutu: Keahlian ini terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun ke atas dan
(a)  bukan dari warganegara Malaysia serta bukan beragama Islam, atau
(b)   memiliki kelayakan dalam bidang selain daripada sains dan teknologi.
(c)   Mereka tidak boleh mengundi, diundi dan tidak boleh memegang jawatan dalam jawatankuasa PERINTIS

Tuesday, October 26, 2010

Islam sudah mula diterima oleh Sepanyol

Kerajaan Sepanyol telah mula mengiktiraf orang Islam Sepanyol, jadi semasa upacara ulang tahun ke-500 penawanan Granada pada tahun 1992, beberapa perjanjian kerjasama telah ditandatangani dengan pertubuhan yang mewakili Muslim, Yahudi dan Protestant.  Satu lagi tanda penerimaan semula Islam dalam negeri sepanyol ialah apabila sebuah masjid baru di daerah Albaizin di Granada yang bertentangan dengan alHambra telah diberi kelulusan untuk dibina pada tahun 2003. Pertubuhan orang Islam telah berusaha selama 20 tahun untuk membina masjid ini yang dikenali Mezquita de Granada.

Satu lagi usaha komuniti Islam di Cordoba ialah untuk bersembahyang Jumaat dalam Masjid Besar Cordoba yang belum kesampaian lagi kerana ianya telah menjadi gereja orang Kristian. Ianya mendapat bantahan daripada orang kristian kerana mereka khuatir ianya menjadi penanda pendamaian dan akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penganut Kristian.  Sikap anti-Islam yang membawa kepada hasad dengki, cemburu dan kemarahan terhadap orang Islam di Sepanyol dikatakan tidak ketara seperti di Negara-negara lain di Eropah.  Namun demikian perasaan begini tidak mampu dipulihkan seperti era kegemilangan Islam yang pada ketika itu Eropah berada dalam zaman kegelapan.  Keadaan ekonomi Sepanyol sekarang yang mempunyai bebanan hutang sebanyak 270% daripada KDNKnya yang sedang berada dalam gegelung hutang yang akan memburukkan situasi.  Jika kerajaan ingin berbelanja, mereka terpaksa membuat pinjaman dan ini akan memburukkan lagi keadaan. Jika mereka memotong perbelanjaan dalam langkah kawalan, ia akan merencatkan pertumbuhan ekonomi. Jadi mereka terperangkap dan berada dalam situasi yang tidak ke mana-mana.

Foto 1: Mezquita/Masjid di daerah Albaizin, berdekatan al-Hambra.  Gambar diambil semasa menziarahi Granada, Sepanyol pada 19-20 Jun 2010

Foto 2: Tempat muazzin 

Foto 3: Uniknya pokok ini yang terdapat di luar masjid
Foto 4: Papan tanda rasminya masjid di Granada



al-Hambra yang menjadi simbolik kegemilangan Islam dari abad ke-7 hingga ke-15

Sesiapa yang pernah menziarahi kota ini, pasti akan tertawan dengan keindahan dan pembuatan seni halus yang berasaskan konsep ketuhanan dan geometrik.  Bahan binaan didapti daripada tempatan.

Foto 1: Kota al-Hambra ketika siang hari diambil semasa lawatan kami ke al-Hambra, Granada, Sepanyol pada 19-20 Jun 2010

Foto 2: Kota al-Hambra ketika matahari jatuh diambil semasa lawatan kami ke al-Hambra, Granada, Sepanyol pada 19-20 Jun 2010

Foto 3: Kota al-Hambra ketika malam di bawah sinaran sang bulan diambil semasa lawatan kami ke al-Hambra, Granada, Sepanyol pada 19-20 Jun 2010

Foto 4: Nama Allah yang masih kekal pada dinding al-Hambra

Foto 5: Seni halus pada siling al-Hambra

Foto 6: Tiles pada dinding

Foto 7: Taman Hijau menjadi keutamaan pemerintahan Islam di al-Hambra

Foto 8: Fountain Water telah dibina sejak pemerintahan Islam. Bunyi deruan air yang sungguh mempesonakan dan menimbulkan rasa ketenangan tambahan pula pokok-pokok hijau di sekeliling kita




Monday, October 25, 2010

Irama Mengubati Jiwa

Dalam kehidupan seharian, semua orang terdedah dengan bunyi-bunyian irama dan lagu, samada untuk menghilangkan rasa bosan, menjadi hobi atau sudah menjadi tabiat sejak kecil lagi. Kalau di negara kita, program realiti mana yang tidak mendapat sambutan, berduyun-duyun yang akan mengisi borang untuk menyertai program realiti yang berasaskan kepada muzik.  Sudah pasti banyak sebab mereka ingin menyertainya.

Muzik boleh didefinisikan sebagai kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.  Muzik merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya.  Muzik sebagai satu wahana komunikasi mampu mengumpulkan pendengar daripada pelbagai bangsa, budaya, agama dan negara.  Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu ia mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya.  Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Dalam Islam, muzik yang tidak membawa kepada perbuatan mungkar dibenarkan. Para ulama’ bersetuju muzik tidak dilarang Islam berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam Surah Luqman (31): 19 yang bermaksud:
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.”

Menurut al-Ghazali dalam ayat yang berkaitan, Allah s.w.t. memuji suara yang baik, sehingga tidak dilarang mendengarkan nyanyian yang baik.

Dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: 
"Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka.."
(Surah Ankabut (29): 64) 

Imam al-Ghazali berpandangan:

 “Apabila diajukan kepada Imam al-Ghazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima' yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal.  Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerehatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerehatan sebenarnya menolong untuk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya'. 

Mendengar muzik boleh merawat seketika jiwa dan seterusnya mampu memberi tenaga kepada si pendengar. Namun demikian, tidak lah ia boleh dibuat secara berelebihan, kemungkinan akan menimbulkan situasi yang tidak baik.



Pada zaman Rasulullah pun, baginda tidak menegah muzik atau nyayian yang tidak membawa kemaksiatan. Begitu juga semasa era pemerintahan Al-Khulafa Ar-Rasyidin, muzik dan nyanyian tidak pernah dilarang.

Dalam abad ke 7 hingga 15 Masehi yang dikenali juga zaman keemasan Islam, ramai ulama’ yang terkenal juga merupakan ahli muzik dan telah menulis puluhan judul buku tentang muzik. Di antaranya ialah al-Khindi yang menulis nota muzik iaitu satu sistem untuk menulis muzik.  Nota muzik yang menggunakan suku kata yang dikenali sebagai solmization atau solfege menjadi asas skala kepada muzik hari ini (do, re, mi, fa, so, la, tee) yang berkaitan dengan huruf Arab iaitu Dal, Ra, Mim, Fa, Sad, Lam dan Sin.

Al-Kindi telah menulis buku berkenaan muzik dan telah dialih bahasa untuk kegunaan orang Eropah di antaranya ialah The Essentials of Knowledge in Music (Pengetahuan Penting dalam Muzik), On The Melodies (Melodi) dan The Necessary Book In The Composition of Melodies (Buku Penting untuk Mencipta Melodi).  Begitu juga al-Farabi yang hidup selepas 70 tahun era al-Kindi, beliau telah menulis tentang teori muzik iaitu Great Book on Music (Buku Hebat tentang Muzik), Styles In Music (Gaya Muzik), On The Classification of Rhythm (Klasifikasi Irama). Buku Great Book on Music telah diterjemah ke bahasa Hebrew dan kemudian ke bahasa Latin pada abad ke-12 Masehi.


Banyak alat yang terdapat dalam muzik tradisional, rock dan okestra berasal daripada Islam-Arab, contohnya seperti lute yang berasal daripada  al-‘ud, rebec daripada rababah, gitar daripada qitara dan naker daripada naqqara (dram kayu yang dilitupi kulit kambing).


Foto1: Alat Muzik yang dipamerkan di Parque De Las Ciencias (Taman Sains), Granada (semasa lawatan kami di Granada pada 19-20 Jun 2010)

Foto2: Kenyataan yang dipamerkan di Parque De Las Ciencias (Taman Sains), Granada (semasa lawatan kami di Granada pada 19-20 Jun 2010).  Moors rujuk kepada bangsa Arab Afrika.


Al-Khindi merupakan di antara orang yang pertama menyedari kaedah terapeutik mengguna muzik. Satu ketika, seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit quadriplegic (hilang upaya anggota badan) yang telah mencuba pelbagai cara rawatan dan akhirnya bapa kanak-kanak ini ingin mencuba terapi muzik yang diperkenalkan oleh al-Khindi.  Apabila melihat keadaan kanak-kanak ini, al-Khindi mengarahkan pelajar-pelajar muzik untuk memainkan lagu.  Kanak-kanak ini relaks, bangun dan bercakap ketika muzik dimainkan.  Melihat kemajuan ini, al-Khindi menyuruh bapanya berbual dengan anaknya, namun demikian setelah muzik berhenti dialunkan, kanak-kanak ini kembali kepada penyakit yang dihadapinya.  Bapanya mahu muzik terus dimainkan, tetapi al-Khindi berkata, “Tidak, ini hanyalah satu episode dalam kehidupannya. Tiada siapa boleh memanjangkan kehidupan seseorang. Anak anda telah memenuhi kehendak Ilahi.”  Terapi muzik telah menjadi satu profesion yang diterima masyarakat untuk merawat keadaan mental, emosi dan fizikal.

Penyelidik boleh menukar gelombang otak kepada nota muzik menggunakan formula matematik.  Pakar-pakar ini menyatakan nota-nota ini boleh merawat kegelisahan, tekanan dan insomnia. Terapi muzik otak merupakan satu rawatan yang telah digunakan oleh ribuan pesakit seluruh dunia.

Dr. Galina Mindlin mengatakan yang otak gelombang akan menterjermah muzik secara digital menggunakan satu algorithma khusus.  Ianya mengambil masa yang lama dan telah menggabungkan satu pasukan penyelidik daripada pelbagai disiplin yang terdiri daripada clinician, ahli matematiks dan muzik yang diketuai oleh Dr. Iakov untuk menghasilkan algorithma tersebut. Setelah gelombang otak ditukar kepada bunyi muzik, ianya diletakkan dalam yang mempunyai fail relaks dan aktif serta arahan untuk menggunanya.  (http://today.msnbc.msn.com/id/15731102/).