Love Science… Love Islam: Ilmu yang membawa kepada Penciptanya
Ramai yang tidak mengenali Islam mengatakan agama Islam adalah
penuh dengan keganasan, berlaku paksaan dan tidak maju. Ramai yang tersalah sangka kerana menganggap
Islam hanyalah ibadat solat, puasa, mengerjakan haji, dan membayar zakat. Dan mereka gagal untuk menghubungkan ilmu
dengan Penciptanya. Manusia pada
fitrahnya memang mahu maju (beberapa tamadun manusia telah terbentuk) dan di
atas sifat inilah mereka perlukan ilmu.
Allah SWT telah menunjukkan Nabi Adam segala nama tumbuh-tumbuhan untuk
memberikannya ilmu pengetahuan sebagaimana yang terdapat dalam ayat-ayat
al-Quran ini:
[30] Dan (ingatlah) ketika
Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang
yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman:
“Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
[31] Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama
benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia
berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu
golongan yang benar”.
[32] Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami
tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
[33] Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda
ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda
itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui
apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”.
[34] Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:
“Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk
memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari
golongan yang kafir.
(Al-Baqarah- Ayat 30-34)
Ilmu tentang segala benda termasuk tumbuhan, haiwan, binatang dan
semuanya bermula dengan ilmu yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Adam
as. Daripada ilmu Allah inilah,
kehidupan manusia terus berkembang dengan wujudnya pelbagai teknologi dan
industri.
Seterusnya, dalam penciptaan diri manusia itu sendiri telah ada
ilmu sains; dekatnya sains dengan manusia.
[15] Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia
tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap
ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka),
[16] (Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka.
[16] (Yaitu) ubun-ubun yang mendustakan lagi durhaka.
(Surah
al-Alaq: 15-16)
Mengapa ubun-ubun yang dikatakan sebagai pendusta dan penderhaka
apabila manusia tidak menurut perintah Allah SWT. Lihat Rajah 1 kedudukan frontal lobe dalam otak yang berada di sekitar
ubun-ubun. Frontal lobe berfungsi
untuk membuat keputusan, perancangan, pergerakan motor dan penyelesaian
masalah. Kecenderungan dan pandangan jauh untuk memulakan pergerakan berlaku di
frontal lobe. Ianya berfungsi untuk
berfikir dan tindakan daripada keputusan yang diambil dijalankan oleh anggota
badan yang lain, jika pelakunya berbohong, ianya bermula di frontal lobe.
Rajah 1: Frontal
Lobe
Dan daripada satu ayat Quran,
[56] Sesungguhnya orang-orang
yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka
dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk
mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan
(ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
(Surah
An-Nisa’:56)
Kulit mempunyai deria sakit (sensory
nerve ending dalam Rajah 2), setiap kali terkena api, kita akan terasa
sakitnya. Tetapi apabila kulit telah hangus terbakar, kesakitan sudah tidak
terasa, dengan sebab itu Allah menggantikan kulit yang baru supaya orang yang
ingkar akan merasai keperitan azab ini.
Rajah 2 Sensory Nerve Ending
Saintis memeluk agama Islam adalah hasil daripada kajian tentang
sains yang telah mempertemukannya kepada cahaya kebenaran. Di antaranya ialah Fatimah
Jackson, seorang ahli antropologi biologi yang memeluk agama Islam, menyebutkan
Theodosius Dobzhansky, salah satu pengasas genetik, mengatakan bahawa
"tiada dalam biologi masuk akal kecuali dalam evolusi." Fatimah
mengatakan sains menerangkan bagaimana sesuatu perkara berubah; Islam, dalam
erti kata yang lebih besar, menjelaskan mengapa berlakunya perubahan.
Amatlah salah sekali jika kita mengatakan Al-Quran sebagai buku
teks sains kerana Al-Quran adalah wahyu Allah SWT yang menerangkan tentang
manusia, fungsinya sebagai khalifah di muka bumi dan bagaimana mereka harus
menjalani kehidupan di dunia. Dengan penemuan sains, ianya bukan untuk
membuktikan tentang kesahihan ayat Quran tetapi tafsiran ayat Quran boleh
ditambah dan berkembang lagi.
Rujukan
Islam and science - The road to renewal - After
centuries of stagnation science is making a
comeback in the Islamic world, 26 Januari 2013
Elias Karim. Scientists' Comments On The Qur'an - Extracts from the video This is the Truth by
Sheikh Abdul-Majeed A.
al-Zindani, Director, Project of Scientific Miracles in the Qur'an and Hadith, King Abdulaziz University, Jeddah, Saudi
Arabia. http://www.islamic-awareness.org/Quran/Science/scientists.html
http://www.islamic-invitation.com/downloads/truth-newly-discovered-scientific-facts-revealed_eng.pdf