Tuesday, October 26, 2010

Islam sudah mula diterima oleh Sepanyol

Kerajaan Sepanyol telah mula mengiktiraf orang Islam Sepanyol, jadi semasa upacara ulang tahun ke-500 penawanan Granada pada tahun 1992, beberapa perjanjian kerjasama telah ditandatangani dengan pertubuhan yang mewakili Muslim, Yahudi dan Protestant.  Satu lagi tanda penerimaan semula Islam dalam negeri sepanyol ialah apabila sebuah masjid baru di daerah Albaizin di Granada yang bertentangan dengan alHambra telah diberi kelulusan untuk dibina pada tahun 2003. Pertubuhan orang Islam telah berusaha selama 20 tahun untuk membina masjid ini yang dikenali Mezquita de Granada.

Satu lagi usaha komuniti Islam di Cordoba ialah untuk bersembahyang Jumaat dalam Masjid Besar Cordoba yang belum kesampaian lagi kerana ianya telah menjadi gereja orang Kristian. Ianya mendapat bantahan daripada orang kristian kerana mereka khuatir ianya menjadi penanda pendamaian dan akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penganut Kristian.  Sikap anti-Islam yang membawa kepada hasad dengki, cemburu dan kemarahan terhadap orang Islam di Sepanyol dikatakan tidak ketara seperti di Negara-negara lain di Eropah.  Namun demikian perasaan begini tidak mampu dipulihkan seperti era kegemilangan Islam yang pada ketika itu Eropah berada dalam zaman kegelapan.  Keadaan ekonomi Sepanyol sekarang yang mempunyai bebanan hutang sebanyak 270% daripada KDNKnya yang sedang berada dalam gegelung hutang yang akan memburukkan situasi.  Jika kerajaan ingin berbelanja, mereka terpaksa membuat pinjaman dan ini akan memburukkan lagi keadaan. Jika mereka memotong perbelanjaan dalam langkah kawalan, ia akan merencatkan pertumbuhan ekonomi. Jadi mereka terperangkap dan berada dalam situasi yang tidak ke mana-mana.

Foto 1: Mezquita/Masjid di daerah Albaizin, berdekatan al-Hambra.  Gambar diambil semasa menziarahi Granada, Sepanyol pada 19-20 Jun 2010

Foto 2: Tempat muazzin 

Foto 3: Uniknya pokok ini yang terdapat di luar masjid
Foto 4: Papan tanda rasminya masjid di Granada



No comments:

Post a Comment