Wednesday, October 27, 2010

Perkongsian tentang muzik oleh saudara Zulkarnain Jamaluddin

Ini adalah respon tentang topik Irama mengubati jiwa............... 


2010/10/26 Zulkarnain Jamaluddin <zulkarnain884@gmail.com>

 Satu lagi dari aspek time frame nya, muzik telah pun diterokai awal oleh muslim... Lebih kurang 1000 tahun, sebelum barat mula mengenali muzik, bermula pada Renaissance dan abad ke 17.

Muzik secara teorinya berasaskan skala. Skala-skala ini, yang rata-rata diajar disekolah muzik adalah skala barat (Western Scale),  dimana tertakluk kepada 12 note. 

Disebalik skala barat ini, ada lagi skala-skala lain yang agak terpencil. Skala yang 'terpencil' ini, maksudnya tidak di ajar secara meluas dan tidak berada dalam silibus ABRSM. Skala tersebut adalah Skala Arab, dan yang lain-lainnya skala China, Jawa dan Bali.

Dalam banyak-banyak skala 'terpencil' ini, skala Arab yang paling sistematik, mempunyai teori dan caranya yang tersendiri. Manakala Skala Cina, masih boleh di adaptasi ke atas alat muzik moden (seperti piano & gitar), dan skala Bali, tidak mempunyai pecahan-pecahan skala improv (improvisasion scale).

Manakala bagi skala arab, secara umumnya, terpecah kepada 7 (lebih kurang sama dengan taranum), iaitu Bayati, Nahwand, Hijaz, Sikah, Ajam dll... Dan 7 skala ini masih mempunyai anak-anaknya.


Aplikasi dan Cara Pembelajaran

Cara pembelajaran skala arab ini tidak boleh dipelajari melalui pembacaan (music reading), tetapi melalui telinga dan latihan; ada persamaan dengan taranum. Dan lagu-lagu yang mengikut skala arab ini pula, tidak dapat dimainkan oleh alat-alat muzik moden/konvensional seperti piano, keyboard dan gitar. Skala-skala dan lagu ini hanya dapat dimainkan oleh alat muzik yang tidak mempunyai fret, sperti oud  (gambus), dan violin, atau yang telah ditonakan seperti Qanun, dan Ney (seruling 'custom').

Notasi yang terdapat dalam skala arab ini sangat diskrit sehingga, jika dilihat pada piano moden, jika perlu untuk memainkan skala arab, sekurang-kurangnya perlu dipecahkan lagi satu not kepada 2 lagi not lain. Misalnya Not C dan C sharp bagi notasi Western. Bagi Skala Arab ada C1, C2, C sharp 1 dan C sharp 2.

Istilah lain dalam software, dipanggil 'micro-tuning'.


Aplikasi Skala arab dalam muzik moden

Contoh mudah Sami Yusuf, dan juga Maher Zain. Beberapa lagunya menerapkan unsur dan skala arab, misalnya dalam lagu duetnya dengan Mesut Kurtis (xingat tajuk) dan Barakallahulakuma...

Manakala dalam industri Malaysia, hanya M.Nasir yang banyak menerapkan irama-irama 'micro-tuning'. Dalam beberapa lagu di dalam album Phoenix Bangkit, dalam lagu Sahabat Gua dan Bila Rumi Menari. Ia tidaklah sepenuhnya mengikut skala arab, cuma beberapa notasi sahaja yang 'lari' dari tona konvensional. Begitu juga Yassin dalam album Salsabila... Selepas itu tiada lagi kedengaran skala-skala seperti ini dalam karya-karya mereka.

Nasyid? Banyak buat lagu arab... tetapi bukan skala arab. 

Skala yang sedikit berbeza ini akan mencetuskan kelainan dari kebanyakan dan kebiasaan... Resepi lain yang boleh mencetuskan kelainan dalam muzik adalah penggunaan chord & progression Jazz untuk irama yang ringkas dan cathcy... Lagu-lagu P.Ramlee (spt Getaran Jiwa, Jeritan Batin dll) dan Indonesia, banyak menggunakan pendekatan ini. 


Sekadar berkongsi... Sebab, Oud, Lute dll.. mengalami beberapa transformasi semasa 'fasa perpindahan' ke barat. Dari skala yang mempunyai notasi yang infiniti, dikecilkan skopnya kepada 12 note bagi setiap oktaf. Dan skala western ini juga mempunyai beberapa pecahan utama seperti major, minor, diminished, seventh, major seventh, dll... Makna kata, orang barat tidak cedok bulat-bulat... tetapi banyak inovasi dan pembangunan dilakukan ke atas bidang ini, sehinggalah ramai pehak termasuk tokoh agama, merasakan muzik adalah dari barat dan terlibat dengannya adalah haram. Saddu Zaraik katanya.. Hakikatnya, ia adalah hikmah mukmin yang keciciran...


Allahuaklam :)

No comments:

Post a Comment